Thursday, August 25, 2016

Kereta Ciptaan Terbaru

Assalamualaikum..

Dah lama nak cerita pasal kereta ciptaan terbaru ni tapi asyik tangguh je. Oleh kerana minggu ni asyik jumpa kereta ciptaan terbaru ni, terpaksa la post juga entri pasal kereta ni. Saya rasa ramai juga yang pernah terjumpa kereta-kereta ni.

Macam mana rupa kereta ciptaan terbaru ni? Sama je macam kereta - kereta lain kat Malaysia ni. Bezanya satu je. Kereta ni tak ada signal. Ya. Betul. TAK ADA SIGNAL. Macam mana nak kenal kereta ni? Senang je.

Ciri - ciri kereta tanpa signal:-

1. Kalau tengah drive, tiba-tiba ada kereta masuk depan tanpa bagi signal. (ini yang selalu jumpa)
2. Kat simpang tiga, tengah tunggu turn nak ke kanan, ada kereta datang dari jalan lurus tu, then tiba-tiba masuk kiri tanpa signal
3. Tengah cari parking, ada kereta stop kat depan, then masuk kat parking depan tu tanpa bagi signal.

Itu yang saya pernah jumpa, korang semua mungkin pernah jumpa or tak pernah. Hebat betul kereta tu. Kadang-kadang saya senyum je bila jumpa kereta macam tu, sebab ustaz cakap bersangka baik dengan pemandu kereta tu. Tapi saya ni bukan manusia biasa macam manusia biasa lain. Tahap kesabaran saya tak sampai lagi level tak membebel bila jumpa kereta macam tu.

Kat atas tu isi tersirat. Isi tersurat kat sini, kenapalah driver kat Malaysia ni susah sangat nak guna signal. I can't read your mind. Saya guna Myvi. Pernah drive Kancil, Wira, Waja, Vios, Saga, Preve. Saya juga pernah naik kereta besar macam Audi, Volkswagen, Camry, Frontier, van, lori & etc. Apa yang saya perasan, signal tu letaknya kat stereng & hanya perlu tolak ke atas or ke bawah or ke depan or ke belakang (Audi & Volkswagen saya tak perasan tapi still kat stereng). Jadi saya musykil, macam mana driver tak boleh nak guna signal tu. Bukannya kena pakai password ke, kunci ke untuk tolak mende tu. Just tolak or maybe tarik or tekan. Kenapa susah sangat??

Bila mood tengah ok, macam okla, jalan la ko nak jalan sangat. Tapi bila dah jem, penat, tiba-tiba datang kereta celah je depan kereta saya tanpa signal. Teruslah menyirap air sirap rasanya. Rasa macam nak langgar pun ada kaadng-kadang. Tambah lagi kalau dah potong tu, slow pula then sibuk nak tukar lane lagi. Ya Allah.. Nak masuk rumah orang, bagilah salam dulu, ketuk pintu dulu ke. Jangan la terus je masuk rumah orang. Adab ada? Tak kira kereta kecil ke, besar ke, bangsa apa ke, perempuan ke laki ke semua saya pernah kena.

Main hp sambil drive boleh pula, nak bagi signal bukan main susah. Makin hari makin menjadi-jadi pula. Rasanya lima hari bekerja, dua hari mesti jumpa orang macam ni. Saya ni jenis tak suka hon orang melainkan betul-betul perlu. Macam hari tu nak pergi Ikea. Simpang traffic light nak ke kanan tu, ada 4wheel kat depan saya. Dia kereta second, saya third. Kereta first dah bagi signal ke kanan, 4 wheel tu bagi signal ke kiri. Saya bagi signal ke kanan. Dah hijau, kereta first gerak, 4 wheel tu pun gerak ke kiri sikit, saya baru tekan minyak (slow je sebab baru hijau). Tiba-tiba 4 wheel tu tukar signal kanan (saya tak perasan ni sebab cepat sangat) & block betul-betul depan saya untuk u-turn. Luckily tak laju, so sempat break. Kalau saya laju tak ke saya yang kemek. Memang mendapat la hon kemarahan saya. Selain dari tu, kalau setakat orang depan tak gerak walaupun dah hijau saya akan tunggu or just bagi lampu.

Huh. Finally keluar semua yang terbuku. Jadinya bagi yang baca entri saya ni, tolonglah bagi kerjasama. Guna signal bila nak tukar laluan, nak potong, nak masuk parking, nak masuk selekoh. Tak susah pun nak bagi signal tu. Senang sangat kerjanya. Lagi senang dari tekan hp masa drive.
Oklah, Macam panjang pula bebel kali ni. Hopefully balik kerja petang nanti tak jumpa kereta ciptaan terbaru ni. Aminn.

So long..

Reactions:

Wednesday, August 24, 2016

Wordless Wednesday 02/2016

Finally... sobsob..


mome: new chapter of NHDiary
Reactions:

Monday, August 22, 2016

Play Mat & Fence Untuk Si Anak Dara

Assalamualaikum..

Bila ada anak, dalam otak memang semua pasal anak. Mama tak makan tak apa, janji anak mama kenyang. Mama kurang tidur tak apa, janji anak mama tidur lena. Mama punya punch card merah tak apa, janji anak mama tak nangis. Haha. Gitu kaedahnya. Dan sekarang, NHJunior yang baru nak masuk 7 bulan dah bertambah-tambah bijak & aktif. Alhamdulillah. Tapi mama pula yang hampir nak kena sakit jantung. Mana taknya, pantang leka, dia boleh hilang. Bukan hilang macam MIA tu, hilang maksudnya, tengah buat susu, tiba-tiba pusing "eh. mana anak aku? dah selamat masuk bilik mama, anytime je nak masuk bilik air. Tengah masukkan air dalam besen mandi, tiba-tiba ada orang cuit dari belakang. Eh dia dah selamat merangkak masuk bilik air. Itu bab merangkak, belum lagi bab mengutip. Sebarang kertas memang tak akan jumpa kat lantai sebabnya minggu lepas kejadian jumpa kertas yang berlubang. Bila check dah selamat dekat kerongkong, lepas tu telan & selamaba senyum macam tak buat salah. Lagi paling ngeri, cubaan berdiri kat peti ais, pintu bilik, dinding. Hai lah anak, kaki gigil-gigil lagi tu. 

Untuk mengelakkan mama, papa & ciklah terkena serangan sakit jantung, mama tanpa bincang dengan papa terus buat keputusan. "Dear, kita terpaksa kurung Humaira" Haha. Macam nak seksa anak je gayanya. Padahal maksud tersiratnya, Dear, by hook or by crook, kena beli juga fence untuk Humaira. Maka misi pencarian bermula. Seminggu saya duk search kat google, mudah, lelong, lazada & etc. Tak puas hati PM kat Facebook Coby Haus tanya bila ada sale. Terima kasih team Coby Haus rajin reply mesej si ibu ni. Dah search apa saya dapat?? Nothing. Tak banyak blog yang cerita pasal Play yard, fence & play mat. Play mat saya tak search sangat sebab dah ada. Beli masa sale kat Aeon. Jenama Parklon. Masa tu harga dalam Rm139 or Rm129 macam tu. Tapi memang berbaloi sebab tebal. Setakat kepala terjatuh ke tikar memang dengan selamba Humaira bangun sambung main.

Saya dah start give up. Yela fence sahaja start dengan harga Rm350++. Itu pun untuk 6+2 je rasanya. Sampailah Khamis ke Jumaat lepas ntah. Masa stalk page Coby Haus (stalk juga walaupun tahu mahal), nampak ada satu post. Merdeka Sale. Buka la satu-satu apa yang sale, sebab sebelum post tu dah tau Coby ada sale kat Metrojaya,Midvalley, Sogo & TCE Baby Expo. Klik punya klik nampak gambar kat bawah ni...


Terus jerit dalam hati.. Whatt!!.. Ok nak beli. haha. Pantas buat keputusan. Untuk saya memang berbaloi-baloi. Sebab saya dah tengok harga fence 6+2 ni sebelum sale Rm414 something. Fence sahaja tak termasuk play mat. Bila dah sale RM399 termasuk mat terus macam nak beli jugakkk!!. Memang super tak sabar nak order. Sale ni hari ni iaitu 22 August baru start. Oleh kerana pernah tak sempat nak beli play mat ni online dulu (out of stock), maka kali ni berazam, pagi-pagi lagi nak beli. 

Kebetulan pagi tadi mak sampai dari kampung, masa sampai TBS nak ambil mak, bus mak belum sampai lagi. Terus la jari lincah duk type kat hp, nampak je item ni terus add to cart, checkout, bayar. fuhh. Lega. Hopefully Humaira tak mengamuk la kena kurung dalam pagar tu. haha. Semua untuk kebaikan awak anak. Tak sabar tunggu Coby Fence ni sampai rumah. Mama redha perabot pertama mama beli pagar untuk awak. Takpelah tak bersofa, tak berkabinet. Haha.



Ibu-ibu yang tengah plan nak beli Play Mat ke Fence ke cepat pergi terjah website Coby Haus. Play Mat macam kat atas tu pun ada sale. Rm79 je. Banyak murah. 





**saya tidak dibayar untuk promote. Hanya suka-suka share :)

mome: semoga dengan kehadiran Coby Fence ni dapat mengurangkan risiko mama, papa & ciklah daripada kena serangan sakit jantung.. huhu
Reactions: